top of page

GoInfaq Qibla

Program GoInfaq ini diwujudkan untuk memudahkan pengurus jenazah menguruskan jenazah. Dengan norma baharu sekarang ini, ia juga dapat membantu meringankan beban waris untuk kos pengurusan jenazah. Insya-Allah. 

​

Kematian itu adalah pasti. Sudahkah kita persiapkan pakaian terakhir kita? Yakinkah kita akan hidup esok hari? Permudahkan lah urusan orang lain Insya-Allah Allah akan permudahkan urusan kita.

​

USIA muda dan tubuh badan yang kuat bukan jaminan untuk kita mampu hidup sehingga mencapai usia tua.Ulama ada mengatakan manusia itu hanya kumpulan hari-hari. Ada manusia masih tidak sedar ‘modal’ harinya semakin berkurangan.

​

Ramai tidak menghiraukan urusan mengingati kematian seolah-olah merasakan kematian itu ditulis untuk orang lain. Akibatnya, mereka tidak bersungguh-sungguh melakukan amal kebajikan dan memperbaiki diri.

 

Rasulullah SAW menerusi sabda Baginda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.” (Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi)

​

Justeru menerusi kempen GoInfaq Kit Pengurusan Jenazah Qibla ini secara langsung dapat mengingatkan kita akan kematian. Sasaran kempen ini adalah untuk menyediakan Kit Pengurusan Jenazah ini di seluruh masjid dan surau di Malaysia. Bermula dengan kita membantu golongan asnaf untuk meringankan beban kos pengurusan jenazah yang semakin meningkat, secara berperingkat insya-Allah satu hari nanti pengurusan jenazah di negara kita ini akan menjadi lebih mudah, sempurna dan percuma. 

​

Bagi fasa awal kempen ini kami juga menyarankan kepada semua warga Islam di negara ini setidak-tidaknya simpan 1 Kit Pengurusan Jenazah Qibla ini di rumah. Mungkin bukan digunakan untuk pengurusan jenazah kita, tetapi jika berlaku kematian saudara, jiran atau rakan terdekat, bolehlah kita sedekahkan 1 kit Jenazah ini kepada waris mereka untuk memudahkan urusan pengurusan jenazah. 

​

Insya-Allah 

​

Pertubuhan MyPasti Malaysia

​

bottom of page